Pengenalan

Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam merupakan hari bagi mengiktiraf peranan pentadbir universiti awam di Malaysia. Tarikh 20 Ogos pada setiap tahun dipilih sebagai Hari Pentadbir Universiti Awam. Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam yang kali pertamanya disambut adalah pada tahun 2016 dan disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu di AKEPT.

Program sambutan Hari Pentadbir secara besar besaran dan bersama dibuat pada setiap 2 tahun sekali. Selepas Sambutan di AKEPT, antara universiti yang telah dipilih menjadi hos adalah Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MASTI yang bersidang pada tahun 2022 telah bersetuju bahawa untuk Edisi ke-5, pihak MASTI telah memilih POTENSI UniMAP sebagai hos utama bagi Sambutan Hari Pentadbir 2024.
penaja & rakan strategik
© 2024 MASTI. All Rights Reserved.